Write For Us

Anwar: Kita tempur di parlimen kalau ada angka

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
31 Views
Published
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencabar pemimpin Perikatan Nasional (PN) membawa usul di parlimen bagi membuktikan dakwaan kerajaan kini goyah.

Berucap di rumah terbuka Hari Raya Malaysia Madani di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang, hari ini, Anwar berkata dia sedia berdepan dengan ahli parlimen pembangkang sebaik saja parlimen bersidang semula hujung bulan ini.

'Kita akan adakan sidang parlimen dalam dua minggu ini; dan sekiranya ada angka, bawa.

“Saya akan berdepan dengan orang yang membawa usul dan kita bertempur di parlimen. Tapi dengan syarat ini episod akhir supaya kita boleh tumpu tadbir negara,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment