Write For Us

Anwar mahu KPT teroka bidang AI pertingkat kemahiran tenaga tempatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahu kerajaan memberi tumpuan meningkatkan keupayaan kemahiran tenaga tempatan khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.

Anwar berkata dia sudah memberitahu maklumat itu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor supaya memberikan laluan dan tumpuan dalam penerokaan bidang baharu ini termasuk pengkhususan dalam bidang AI sementara menyatakan tahap jurutera Malaysia berada ditahap baik.

Anwar membangkitkan mengenai perbincangannya bersama pelabur seperti pengasas Tesla Inc, Elon Musk; Syarikat automotif China, Geely dan Infineon Technologies AG (Infineon) bahawa wujud keperluan tersebut yang mesti diambil perhatian oleh kerajaan.

https://www.youtube.com/watch?v=tiHTv-HcHDU
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment