Write For Us

Anwar: MP Bersatu di blok k'jaan dan pembangkang satu 'kebiasaan baru'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
68 Views
Published
Kemungkinan anggota Parlimen Bersatu akan duduk di kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang merupakan "kebiasaan baru" di Dewan Rakyat nanti, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, ia selepas kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa beliau akan duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

"Ini satu 'new normal'. Perdana menteri (daripada) Bersatu dan Dr Mahathir, yang bukan (sebahagian daripada) PH tapi duduk di blok pembangkang, juga daripada Bersatu.

"Sudah jadi berdua sekarang," selorohnya, merujuk pihak dalam Bersatu yang berpihak kepada Muhyiddin yang juga presiden parti, dan kumpulan kecil yang menyokong Mahathir selaku pengerusi.

https://www.malaysiakini.com/news/522542
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment