Write For Us

Anwar musykil alasan PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim musykil terhadap alasan di sebalik tindakan PAS memutuskan hubungan politik dengan partinya.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata alasan yang diberikan, terutama dalam kaitan dengan RUU355, adalah tidak tepat.
Katanya, ternyata pimpinan PAS tidak meneliti kenyataannya dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menghormati hak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengusul pindaan tersebut dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan.
Jelasnya, dakwaan tidak penyokong usul pindaan Hadi adalah salah satu daripada sebab yang dinyatakan oleh majlis syura PAS apabila ia secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan PKR pada Khamis.
Usul Hadi bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah sehingga penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.
Malah, kata Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan bahawa kerajaan Umno-BN tidak akan membawa RUU355 sebagai urusan kerajaan.
Anehnya, kata Anwar, Umno tidak dipersalahkan kali ini.
Anwar merujuk kepada pengumuman Najib pada April bahawa Putrajaya tidak akan membawa usul RUU355, ekoran bantahan parti-parti komponen BN.
Walaupun beberapa pemimpin PAS seperti Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa ia bukti Umno tidak boleh dipercayai untuk menegakkan Islam, Hadi telah berkata bahawa PAS berterima kasih kepada kerajaan.
Ini kerana kerajaan memberi laluan pada hari terakhir sidang Parliman pada bulan April, untuk membolehkan Hadi membacakan usulnya bagi membentangkan rang undang-undang tersebut.
Anwar berkata PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi dan bahawa matlamatnya adalah jelas iaitu untuk menewaskan kerajaan Umno-BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment