Write For Us

Anwar nafi 'menyerang' DEB kerana mahu sokongan kaum Cina

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
69 Views
Published
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa dia sanggup mempersoalkan dasar kerajaaan yang khusus bagi membantu golongan Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan kaum Cina.
Katanya, tegurannya terhadap DEB adalah kerana tidak bersetuju dengan konsep dasar itu.
“Ada orang dakwa saya serang DEB pada tahun 2007 kerana mahu sokongan orang Cina khususnya DAP.
“Saya sudah tegur konsep DEB ni sejak 1979 lagi. Boleh baca semula saya sebut di muktamar Abim 1979.
“Saya tegur kerana berasakan ia dasar berasaskan kaum, dan hanya menguntungkan segerombolan kecil masyarakat yang maha kaya sedangkan ia meminggirkan golongan besar yang papa kedana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Muktamar Sanawi kali ke-47 Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Dewan Canselor Universiti sains Islam Malaysia di Nilai hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment