Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan tidak membantah permohonan beliau untuk mengembalikan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum sesuatu akta diluluskan.
Anwar pada Selasa lalu memfailkan satu tuntutan di Mahkamah Persekutuan berhubung perkara itu bagi mencabar Akta Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang diluluskan tanpa perkenaan baginda.
Dalam satu kenyataannya hari ini, pada Jun tahun lalu, Majlis Raja-Raja telah menyatakan kebimbangan terhadap rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara, yang memberi kuasa darurat kepada perdana menteri dan Majlis Keselamatan Negara.
Anwar yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan liwat berkata, insiden seperti ini belum pernah terjadi dan menjadi bukti perkenan diraja perlu dijadikan keperluan mandatori semula sebelum sesebuah rang undang-undang dijadikan akta.
Dalam permohonan itu, Anwar meminta perisytiharan bahawa Seksyen 12 Akta Perlembagaan 1983 (Pindaan), Seksyen 2 Akta Perlembagaan 1984 (Pindaan) dan Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 adalah ultra vires atau bertentangan dengan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, kerana parlimen tidak mempunyai hak untuk meluluskan pindaan itu.
Di samping itu, bekas pemimpin pembangkang tersebut juga memohon perisytiharan bahawa Akta MKN 2016 yang diluluskan dengan cara sedemikian diisytiharkan batal dan tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kesan.
Beliau menamakan kerajaan Malaysia sebagai responden tunggal dalam tindakan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment