Write For Us

"Anwar nak saman saya? Silakan!" - Yusoff Rawther

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Bekas pegawai penyelidik Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther ketika mengulas kenyataan Anwar mahu menyamannya berkata dia menanti-nantikan tindakan undang-undang itu.
Ditanya bagaimana perasaannya tentang perkara ini, jawab Yusoff: "Bawa datang. Anwar nak saman saya, silakan."
Bagaimanapun, Yusoff berkata dia atau peguamnya belum lagi menerima saman berkaitan dengan perkara tersebut.
Walaupun Anwar mengalu-alukan keputusan AGC untuk tidak memulakan pendakwaan, beberapa MP PKR mengkritik Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador kerana kelihatan seakan percaya kepada dakwaan Yusoff.
Abdul Hamid pada Rabu lalu berkata tiada apa yang mencurigakan atau tersembunyi dengan keputusan AGC itu, yang dibuat berdasarkan hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) polis.
Katanya, sukar untuk pihak berkuasa mendapatkan bukti fizikal dan sokongan (corroborative evidence) memandangkan insiden itu didakwa telah lama berlaku.
Pada 7 Disember tahun lepas, Yusoff telah memfailkan laporan polis, menggesa siasatan terhadap dakwaan yang dibuat dalam akuan berkanunnya (SD) terdahulu.
Dalam SD itu, Yusoff mendakwa dia menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan lucah semasa kejadian yang didakwa dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di rumahnya di Segambut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment