Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mempertimbangkan semula keputusan untuk bertanding di kerusi parlimen Port Dickson.
Presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji berkata ini kerana penyandang kerusi berkenaan, Danyal Balagopal Abdullah yang merupakan bekas pegawai tentera perlu mengutarakan isu kebajikan anggota dan pesara tentera di Dewan Rakyat.
Menerusi satu kenyataan, Arshad menejlaskan jika laporan berita itu terbukti benar, PATRIOT melihat keputusan parti itu tidak mempedulikan tentera veteran dan kepemimpinan PKR seperti tidak menghargai kehadiran seorang pegawai bersara tentera sebagai anggota parlimen.
Tambah Mohamed Arshad lagi, keputusan meminta Danyal mengosongkan kerusi Parlimen boleh mengundang protes pesara tentera terhadap Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu sekiranya pilihan raya kecil benar-benar diperlukan, PATRIOT menggesa kepimpinan PKR agar kerusi parlimen Port Dickson kekal dengan penyandangnya, dan Anwar Ibrahim bertanding di tempat lain.
Semalam media melaporkan Anwar memilih untuk bertanding di satu-satunya kerusi parlimen yang dimenangi PKR di negeri itu. Bagaimanapun, keputusan ini belum disahkan oleh pucuk pimpinan PKR.
Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti 17,710 undi pada pilihan raya umum ke-14 dengan memperoleh 36,225 undi berbanding 18,515 undi BN dan 6,594 undi PAS.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment