Pembangkang mengemukakan usul menyemak semula keputusan pengundian penerimaan bajet bagi peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mencatatkan kemenangan tipis pihak kerajaan.
Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mengemukakan usul itu bawah Peraturan 43 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya telah masukkan satu usul hari ini bersama-sama anggota parlimen yang lain, kita telah masukkan usul menurut peraturan mesyuarat, kita hanya perlu memberikan dua hari notis," kata Gobind dalam sidang media di parlimen hari ini.
Usul itu menyebut keputusan speaker tidak boleh diminta untuk pertimbangan semula atau semakan semula.
Bagaimanapun, menurut peraturan itu, ia boleh dilakukan jika terdapat satu usul tersendiri dikemukakan.
Semalam, Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) telah meminta Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meneliti semula keputusan undi belah bagi tersebut.
Johari mendakwa semakan balik mereka mendapat pembangkang mendapat 52 undi sama seperti BN dan bukan 51 seperti diumumkan.
Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said bagaimanapun menolak permintaan Johari dengan mempertahankan kiraan penghitung undian parlimen yang telah dipastikan oleh setiausaha dewan.
Sementara itu, Gobind juga mendakwa sewaktu kiraan, terdapat pihak berkepentingan hadir ke meja setiausaha dewan.
"Yang kedua, kita sebagai anggota parlimen kita tidak mahu ada satu tabiat ketika undi itu dikira menteri dari satu pihak dan menteri yang ada kepentingan boleh hadir di meja setiausaha.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment