Write For Us

Apa Celop | Episod 5

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Drama bersiri komedi Apa Celop mengisahkan Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Aman berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng di mana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan itu. Kemenangan Aman mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah. Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha hilang ingatan selepas kemalangan jalan raya yang turut membabitkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti. Kebaikan Marsha menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment