Write For Us

Apa jadi FB KKM kongsi hantaran berbaur politik? - Syahredzan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
47 Views
Published
Apa yang terjadi di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) malam ini, tanya setiausaha politik kepada MP Iskandar Puteri Syahredzan Johan.

Beliau mendakwa suatu hantaran "berbaur politik" yang dikongsi daripada halaman 'Friends of Adham Baba' telah dimuat naik pentadbir Facebook KKM.

"Selepas mendapat kecaman meluas daripada mereka yang berkunjung ke FB Page tersebut, posting itu telah dipadam.

"Memang patut padam. Memang tidak patut page KKM kongsikan post yang jelas berbaur politik," katanya pada suatu hantaran di media sosial malam ini.

Syahredzan yang juga seorang peguam menimbulkan persoalan mengapal hal ini boleh berlaku.

"Adakah kerana terdapat orang politik yang baru dijadikan 'admin' page kementerian?

"Adakah terdapat campur tangan politik dalam komunikasi korporat KKM yang sebelum ini bebas dari politik?

"Adakah kita akan lihat lebih banyak posting seperti ini di masa hadapan, atau mungkin dengan cara yang lebih 'halus' untuk tujuan politik?" Soalnya.

Beliau turut menyertakan tangkap layar gambar perkongsian dimuat naik KKM yang telah dipadam itu.

Hantaran yang dikatakan itu memuji Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam menangani krisis wabak Covid-19 dan secara tidak langsung membandingkan beliau dengan penyandang jawatan terdahulu, Dr Zulkefly Ahmad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment