Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mempertikaikan pihak yang tidak berpuas hati ekoran beberapa tempat mempamerkan logo sambutan hari Umno ke-71.
Malah, Tengku Adnan turut menggelar pihak yang marah dengan tindakan tersebut sebagai cemburu dengan apa yang telah dilakukan oleh Umno.
"Semua saya buat nak marah. Bukan situ (bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) je dia marah. (Logo yang diletakkan) dekat (pusat beli-belah) Pavillion pun dia marah, dekat Jalan Klang Lama dia marah, dekat Segambut dia marah.
"Kenapa nak marah? Kita bayar, apa masalahnya?
"Mereka cemburu. Bila dia buat tak apa. Di negeri Selangor, tiap-tiap bulatan (roundabout) ada gambar entah siapa-siapa saya tak tahu. Dia boleh. Kita buat semua salah," kata Tengku Adnan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi sumbangan kepada surau-surau di kawasan parlimen Putrajaya.
Ketika ditanya sama ada beliau membuat bayaran bagi mempamerkan logo sambutan hari Umno di bangunan DBKL, Tengku Adnan menjelaskan bahawa papan iklan digital di bangunan itu masih dalam tempoh percubaan.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak DBKL untuk meletakkan logo berkenaan sebagai percubaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment