Write For Us

Apa yang Tun M tak puas hati?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirasakan sering menyerang partinya berbanding Umno dan BN.
Memetik laporan Malaysiakini, Tuan Ibrahim berkata beliau hairan dengan sikap yang ditunjukkan itu memandangkan pihak utama yang ingin dijatuhkan bekas perdana menteri itu adalah Umno.
Tuan Ibrahim turut pelik apa yang Mahathir tak puas hati kerana menurut Tuan Ibrahim negara rosak bukan kerana PAS yang memerintah, tetapi Umno dan BN.
Beliau mengulas serangan terbaru Mahathir terhadap Abdul Hadi dengan menggelarnya sebagai pengkhianat kerana didakwa cuba memecahbelahkan undi pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mendakwa Abdul Hadi 'membantu' Najib dan menyindir anggota parlimen Marang itu yang bekerjasama dengan Umno, pihak yang dahulu didakwanya sebagai 'kafir'.
Tuan Ibrahim berkata PAS sama sekali bukan pengkhianat dan punca kepada perpecahan pembangkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment