Write For Us

"Apakah kita kini dijajah oleh Jepun," soal Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
Seorang anggota Parlimen hari ini mendakwa pembangkang sering mengelirukan rakyat dengan menggambarkan kononnya kerajaan menjual negara melalui pelaburan asing.
Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata ia termasuk dakwaan pembangkang bahawa negara akan terjual kepada China berikutan pelaburan besar daripada negara itu.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata pada 1993, Jepun menghulurkan 11.26 bilion Yen pinjaman kepada Malaysia, sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Malah menurutnya, Malaysia menjadi negara penerima terbesar Japan Overseas Development Assistance antara tahun 1969 hingga 2001 yang berjumlah 26.39 bilion Yen dalam bentuk pinjaman bilateral.
"Saya juga boleh sebut beberapa projek penting di negara kita mendapat pembiayaan daripada Jepun termasuk Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor, pembinaan Empangan Kenyir, Projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi," katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa negara membuat pinjaman luar negara yang amat tinggi dan melebihi kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika pentadbiran Dr Mahathir.
"Pada tahun 1986 tahap pinjaman luar negara ketika itu mencecah 103.4 peratus berbanding KDNK, tahun 1988 iaitu 96.4 peratus, pada tahun 1990 pula kira-kira 75 peratus berbanding KDNK.
"Dengan jumlah pelaburan Jepun yang begitu besar dan hutang negara yang begitu tinggi, adakah negara kita ini telah dijajah oleh Jepun? Jawabnya tidak," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment