Write For Us

Arab Saudi haram jersi Barcelona FC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
229 Views
Published
Arab Saudi mengharamkan rakyat negara itu memperagakan pakaian jersi kelab gergasi bola sepak dunia dari Sepanyol, Barcelona FC.
Ini kerana di bahagian depan jersi itu terpampang 'Qatar Airways', di mana Arab Saudi dan negara bersekutu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar kerana dituduh membantu pengganas.
Jika didapati bersalah, seseorang itu boleh didenda RM64,000 dan penjara sehingga 15 tahun.
Nama Lionel Messi, antara beberapa pemain ternama kelab dunia yang amat popular di Timur Tengah.
Qatar Airways menjadi penaja Barcelona sejak empat musim yang lalu, tetapi akan diganti oleh Rakuten dari Jepun yang menandatangani perjanjian empat tahun bermula musim akan datang.
Qatar bagaimanapun, menafikan tuduhan dikaitkan dengan pengganas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment