Write For Us

"Aritmetik PAS tak betul, pecah undi BN akan menang," kata Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menangkis kenyataan bahawa parti berkenaan perlu menyertai blok pembangkang bersama PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jelas bekas perdana menteri itu, sekiranya BERSATU bersama PAS, maka ia akan memberi peluang kepada BN untuk menang dalam pilihan raya ekoran perpecahan undi.
"Aritmetik (perkiraan), itu tidak benar. Jika kita pergi bersama PAS, mereka (DAP) akan menjadi pembangkang dan kita perlu lawan tiga penjuru dan ia akan pecahkan undi.
"Dan ia akan menyebabkan BN menang," katanya pada sidang media selepas sesi meja bulat 'Selamatkan Malaysia' di Petaling Jaya, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment