Armada Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) akan menganjurkan forum 'Nothing to Hide' kedua menjelang akhir bulan ini dengan menampilkan pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk hadir forum tersebut yang menjadi peluang baik untuk beliau membersihkan namanya.
"Kami sendiri akan pastikan Mahathir akan menghadiri forum itu.
"Tetapi kita harap seperti yang kita setuju untuk terbuka dan telus setelah pihak lain mencabar kami untuk membuat perkara yang sama, Najib dan pimpin Umno-BN juga perlu membawa keterbukaan yang sama untuk menjawab soalan sukar daripada media dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
"Jika Najib berkeras untuk tidak hadir forum itu, kami masih akan meneruskan forum dan pastinya rakyat melihat siapa yang pengecut dan siapa berada di pihak yang benar," katanya semasa sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment