Write For Us

Artis, pengarah filem rugi ratusan ribu ditipu individu 'F'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Seramai 15 ahli rombongan termasuk artis Den Wahab, pengarah Aziz M Osman dan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan membuat laporan di Balai Polis Muatiara Damansara kerana ditipu oleh individu yang dinamakan sebagai 'F'.
Menurut Den, kerugian yang terpaksa ditanggung mereka semua hampir ratusan ribu.
Den dan Aziz serta keluarga mereka terkandas di Korea Selatan pada 24 hingga 28 November lalu selepas didakwa ditipu individu yang menyamar sebagai wakil agensi pelancongan.
Pada hari ketiga rombongan berada di negara itu, mereka diminta mengosongkan bilik penginapan kerana pihak agensi yang sepatutnya menguruskan mereka tidak menerima bayaran daripada individu berkenaan yang menjadi orang tengah mengendalikan percutian itu.
Malah kata Den, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri keseluruhannya sebanyak RM40,000 bagi membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia kerana tiket yang diberikan kepada mereka adalah palsu.
Sementara itu, Aziz pula berkata, mereka bertuah kerana pihak Arba Travel & Tours sanggup membantu meneruskan percutian di Korea Selatan walaupun mereka sendiri ditipu dengan individu tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment