Write For Us

Arul Kanda 'jumpa' PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini hadir dalam sidang meja bulat anjuran PAS di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Arul ketika diminta komen mengenai kehadirannya walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada PAS untuk memberikan kenyataan.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sidang meja bulat dihadiri hampir 30 orang daripada Jawatankuasa PAS Pusat dan tokoh-tokoh yang diundang.
Sidang meja bulat itu mengambil masa 3 jam setengah, kata Tuan Ibrahim.
- PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB
Terdahulu, PAS berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang bertujuan membantu syarikat bermasalah itu mengurangkan hutangnya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata aset 1MDB yang telah diletakkan di bawah kawalan Kementerian Kewangan melalui MOF Incorporated perlu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment