Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut mengenai tindakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataan mengelirukan yang dikeluarkannya mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).
Lim juga menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan tindakan remaja terbabit sebagai tidak matang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang disiar secara langsung di Facebooknya hari ini.
Semalam, Asyraf Wajdi memuji tindakan remaja terbabit yang bertindak membuat laporan polis terhadap Lim kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung RUU 355.
Kata Asyraf Wajdi, ini menunjukkan remaja tersebut lebih memahami perlembagaan sekalipun usianya masih muda.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan kepada Perkara 3 perlembagaan yang mengatakan Islam adalah agama Persekutuan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment