Write For Us

Atas Nama Cinta | Episod 4

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Atas Nama Cinta masih lagi berpaksikan kisah cinta dan ceritanya bermula apabila Ahmad (Roy Azman) tiba-tiba pulang ke kampung halaman membawa anaknya, Saiful (Shah Iskandar) hingga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung kerana sebelum ini dia menetap di Kuala Lumpur. Sebenarnya, Ahmad mempunyai alasan tersendiri iaitu ingin melarikan diri dari along yang memburunya selepas gagal membayar hutang dan satu-satunya tempat selamat untuk bersembunyi ialah kampungnya. Di kampung berkenaan, Saiful bertemu sebelum berkenalan dengan Cinta (Fiza Halim) yang selalu menjadi mangsa buli. Sejak itu, Saiful sering menyelamatkan Cinta daripada orang-orang yang cuba membulinya. Dari situlah mereka menjadi rapat dan cinta mula berputik. Bagaimanapun, bagaikan tidak serik, Ahmad bertindak di luar batasan apabila mencuri wang simpanan milik ibu Cinta iaitu Zahara. Ahmad kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur dan menggunakan wang terbabit bukan untuk membayar hutang sebaliknya berjudi. Nasib tidak menyebelahinya, dia bukan saja kalah malah kini turut diburu Zahara yang bertindak menjejakinya. Akibat insiden itu, pelbagai konflik tercetus antara Saiful dan Cinta. Apakah yang terjadi kepada bibit cinta yang baru mula berputik antara Saiful dan Cinta? Mampukah mereka mengecap cinta yang diimpikan selama ini?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment