Write For Us

'Awak tahu siapa nak beli? Bagitahulah, saya bagi komisen'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low sedang bersembunyi di satu tempat dan kerajaan tidak dapat menjejakinya.
Ditanya dimana Jho Low bersembunyi sama ada di China atau Malaysia, Mahathir enggan menuduh sesiapa.
Mahathir juga secara berseloroh meminta wartawan sama ada tahu sesiapa yang mahu membeli kapal layar mewah Equanimity dan menawarkan komisen kepadanya jika berjaya mendapatkan pembeli.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir Ogos lalu membenarkan permohonan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity sementara perbicaraan diteruskan.
Equanimity dikaitkan dengan Jho Low yang didakwa adalah pemiliknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment