Tajuk Lagu : Pinjamkan Hatiku
Penyanyi : Ayda Jebat & Adi Priyo
Executive Producer : Datin Furyna (Aurawhite)
Producer : Melakaboy (Paranormal Records)
Lagu & Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman
Video : theMalaya Productions
"Namun kini ternyatalah hatiku milik dia, bukan engkau seperti ku sangka.."
BERSEMPENA dengan kemunculan filem Pinjamkan Hatiku lakonan Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil yang akan menemui penonton tidak lama lagi, sebuah lagu runut bunyi (OST) dilancarkan pada hari ini bagi membenihkan lebih emosi terhadap naskhah garapan sutradara tersohor, Osman Ali.
Meminjamkan tajuk filem sebagai judulnya, lagu Pinjamkan Hatiku yang dicipta oleh komposer Nurzaidi Abdul Rahman ini merupakan sebuah rangkuman ringkas kisah hidup seorang gadis bernama Laila Safitri (lakonan Ayda Jebat).
"Lagu ini merupakan gambaran audio terhadap jalan cerita yang bakal ditampilkan menerusi filem Pinjamkan Hatiku.
"Penonton bukan sahaja dapat merasai sendiri emosi yang ada pada setia watak menerusi melodinya, malah, lirik bagi lagu ini juga ditulis berdasarkan rangkuman keseluruhan jalan cerita filem tersebut," katanya.
Lebih istimewa, komposer yang cukup terkenal dengan lagu-lagu OST filem-filem cinta seperti Ombak Rindu (Hafiz dan Adira) dan Langit Cinta (Dayang Nurfaizah) ini menulis lagu Pinjamkan Hatiku berdasarkan pemerhatiannya ketika berada di lokasi penggambaran.
"Hampir setiap hari saya berada di lokasi penggambaran. Jadi, penulisan lagu ini menjadi lebih dekat terhadap jalan cerita secara keseluruhan," kata Zaidi yang turut bertindak sebagai jurutera bunyi bagi filem Pinjamkan Hatiku.
Dihiasi dengan ketikan piano, lagu berentak balada ini mengisahkan tentang perasaan Laila Safitri yang masih tidak dapat melupakan kekasih sejatinya, Naufal (Shaheizy Sam) walaupun telah berikrar setia sewaktu bernikah dengan seorang doktor bernama Hasnan (Farid Kamil).
Biarpun bait-bait liriknya berkisarkan tentang cinta hati yang tidak kesampaian, lagu ini juga menyelitkan tentang makna kesetiaan dan erti pengorbanan.
Buat julung kalinya Ayda Jebat berduet bersama penyanyi lain dan menyanyikan lagu berentak balada merupakan taruhan yang agak berani dalam karier seninya. Gabungan suara Ayda Jebat dan Adi Priyo sememangnya bisa memukau telinga pendengar.
Selain pelancaran lagu, klip video bagi lagu Pinjamkan Hatiku juga turut dilancarkan pada hari ini.
Klip video idea asal dan arahan dari Ayda Jebat sendiri dan dibantu oleh Produksi The Malaya TV itu sudah boleh ditonton di platform Youtube channel AydaJebat bermula 12 September 2017.
Lagu Pinjamkan Hatiku juga sudah boleh didapati secara digital menerusi iTunes, Apple Music, Spotify, Joox, KKBOX & Yonder.
Filem Pinjamkan Hatiku bakal menemui penonton pada 30 November 2017.
© Aurawhite & Paranormal Records
Bookings & Enquiry :
Malaysia & Singapore
Paranormal Talents | [email protected]
Indonesia :
C & J Management | [email protected]
Music Produced & Distributed by Aurawhite & Paranormal Records Sdn Bhd
#AydaJebat #AydaJebatOriginals #XenoMusic

- Category
- Muzik - Music
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment