Write For Us

'Azizah bukan Neelofa' - Anwar perjelas punca datang lewat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
58 Views
Published
Presiden PKR, Anwar Ibrahim malam tadi menjelaskan punca kelewatannya ke sebuah majlis berbuka puasa di Bangi kerana terpaksa melakukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

Menurutnya, isterinya Wan Azizah Wan Ismail juga terpaksa berpatah balik memandangkan dikesan menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

Beliau turut berseloroh dengan menyatakan Azizah 'bukan Neelofa', kerana tidak mahu melanggar SOP pencegahan Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Untuk rekod, selebriti terkenal Neelofa Mohd Noor baru-baru ini dikenakan kompaun RM20,000 atas dua kesalahan ingkar SOP pencegahan Covid-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/272097667930968/
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Anwar, Bangi, punca datang lewat
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment