Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Dalam kenyataan bersama kepada media hari ini, beliau dan Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Selangor Amirudin Shari membuat keputusan untuk tidak bersama dengan FAS.
Keputusan ini untuk tidak lagi bersama dengan sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa dan tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak negeri Selangor.
Kata Azmin, kerajaan Negeri akan memberikan sokongan dan dukungan kepada kemajuan sukan bola sepak Negeri Selangor melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak.
Ini kerana sukan bola sepak merupakan sukan rakyat yang dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat Negeri Selangor.
Mohamed Azmin berkata, beliau melalui Jawatankuasa Eksekutif FAS melalui Kongres Luar Biasa pada Disember 2014 telah bersetuju dan dipilih sebulat suara sebagai Presiden FAS baru.
Bagaimanapun tambahnya, setelah hampir dua tahun bersama FAS beliau dan Amirudin tidak melihat kesediaan exco FAS untuk mendukung perubahan.
Menurut mereka, barisan Exco FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama - “excessive politics, old-fashioned way of doing things, over dependency on subsidy mentality”.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment