Write For Us

Azmin enggan dedah "menteri kanan" sebab...

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
123 Views
Published
Datuk Seri Azmin Ali hari ini bertegas enggan mendedahkan identiti "menteri kanan" yang dikaitkan dengan khabar peletakan jawatan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak.
Ditemui di Subang Jaya, Azmin berkata, dia berbuat demikian atas beberapa sebab.
Pertama, kata menteri besar Selangor itu, beliau tidak "membuat kenyataan" mengenai peletakan jawatan berkenaan sebaliknya hanya bertanya.
Menurut Azmin, jika identiti "menteri kanan" itu didedahkan beliau bimbang akan berlaku ugutan atau tekanan ke atas individu terbabit.
Timbalan presiden PKR itu bercakap kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran buku terbaru ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali, Sejarah dan Dasar Perjuangan Parti yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-80.
Semalam melalui Twitter Azmin melontarkan pertanyaan mengenai kemungkinan seorang anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana "tidak mahu bersubahat dengan 1MDB."
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment