Write For Us

Azmin 'intai' Pekan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Datuk Seri Azmin Ali menafikan beliau sedang mengintai kerusi parlimen Ampang untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Sinar Online melaporkan Menteri Besar Selangor itu sebaliknya secara berjenaka menyatakan kerusi pilihannya - Pekan.
Sebuah portal pernah mendakwa Azmin mungkin berpindah daripada kerusi yang diwakilinya ketika ini - Gombak - ke Ampang.
Antara lain, penganalisis percaya, ia disebabkan kedudukan hubungan semasa antara PKR dan PAS.
Pada PRU ke-13 lebih empat tahun lalu, Azmin mengalahkan dua calon lain di Gombak dengan majoriti 4,734 undi.
Azmin mengumpul 54,827 undi berbanding Rahman Ismail (BN) yang mendapat 50,093 undi. Calon bebas Said Nazar Abu Baker pula hanya mendapat 474 undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment