Write For Us

Azmin: Jangan ikut Jamal, dia berdemo ikut emosi

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
160 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perjuangan reformasi tidak akan kemmana jika perjuangan reformasi didukung emosi tetapi tidak dengan ilmu.
Mohamed Azmin sempat menyindir tindakan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melakukan protes mengikut emosi seperti membawa van jenazah, memakai tuala dan membawa katil dan tilam, yang dilihat tiada arah tuju.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Konvensyen Reformis di Shah Alam, hari ini.
Katanya, reformis perlu memahami perjuangan reformasi bahawa persekitaran politik berubah-ubah.
Sambil memetik perjuangan anak muda dari Indonesia sewaktu kejatuhan Presiden Indonesia, Soeharto, Azmin berkata jangan hanya pandai berhimpun tetapi tidak pandai berbaris.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment