Write For Us

Azmin kesal, dakwa Najib terdesak pancing undi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan kesahihan kerajaan sementara BN yang menggandakan jumlah pemberian BR1M.
Katanya, kewajipan kerajaan sementara hanya terhad kepada tugas-tugas pentadbiran sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pilihan raya.
Azmin mempersoalkan bagaimana kerajaan sementara boleh mengumumkan bantuan tunai tambahan sedangkan ini tidak termasuk dalam Bajet 2018.
Azmin berkata bahawa kerajaan sementara dilarang daripada membuat komitmen kewangan.
Pada pelancaran manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 pada Sabtu lalu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa beliau akan menggandakan pemberian BR1M kepada pelbagai kumpulan.
Wang itu dijadual dibayar pada bulan Jun dan Ogos tahun ini.
Selain daripada penambahan jumlah, Najib juga mengumumkan kategori baru penerima BR1M - iaitu isi rumah yang memperoleh pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 - yang sebelum ini tidak layak mendapat pemberian itu.
Pengumuman itu disambut baik oleh kira-kira 15,000 orang yang hadir pada majlis itu, dengan ada yang mengakui bahawa wang tambahan berkenaan akan meyakinkan pengundi atas pagar untuk menyokong BN.
Parlimen dibubarkan pada Sabtu lalu dan pilihan raya mesti diadakan dalam masa 60 hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya belum lagi mengumumkan tarikh untuk PRU14.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment