Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan calon PKR Wangsa Maju, Tan Yee Kew, yang terlupa membawa MyKad ketika hadir di pusat penamaan calon semalam.
"Dia sangat teruja (hingga tertinggal IC), tetapi dia selesaikannya, jadi jangan risau," katanya ketika ditemui pada majlis Tautan Mahabbah anjuran Koperasi Serbaguna Imam Malaysia di Gombak hari ini.
Beliau ditanya mengenai kritikan berhubung kesilapan dilakukan beberapa calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kamu salahkan (dia) kerana jadi seorang yang pelupa apabila tidak membawa IC? Tapi, adakah okay jadi pencuri? Yang mana lebih serius?"
"Kamu boleh bertolak ansur dengan pencuri, tapi kamu tak boleh bertolak ansur dengan seseorang yang terlupa membawa IC beberapa minit sebelum pencalonan ditutup. Tolonglah, kita ada benda yang lebih besar," kata menteri besar sementara Selangor

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment