Write For Us

Azmin minta nazir contohi masjid di India

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Pihak pengurusan masjid di Selangor dinasihati agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan negeri sebaliknya perlu berdikari bagi mendapatkan dana sendiri, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Azmin yang baru pulang dari lawatan kerja ke India berkata, beliau sempat melawat beberapa masjid dan bertemu nazir di sana bagi bertanya mengenai dana pembiayaan masjid.
“Saya tanya dengan nazir masjid (di India), ada tak minta peruntukan daripada wakil rakyat kawasan. Dia kata tak payah kerana umat Islam dan anak-anak kariah menyumbang sebegitu besar kepada pembangunan masjid," katanya.
image:
Selain itu Azmin berkata Masjid Jama, Old Delhi India yang dilawatinya juga tidak mempunyai penyaman udara namun dipenuhi seramai 20,000 kariah untuk menunaikan solat Jumaat.
Azmin berkata demikian ketika merasmikan majlis Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat Dan Ramah Mesra bersama menteri besar Selangor di Masjid al-Khairiyah, Gombak, hari ini.
Read more at
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment