Write For Us

Azmin-Noh bertikam lidah, parlimen kecoh lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan pencemaran air bukan sahaja berlaku di dalam sungai di Selangor tetapi berpunca dari Sungai Semantan, Pahang, sejak tiga minggu yang lalu.
Kata Azmin, pihaknya diserang Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa tiada tindakan daripada kerajaan negeri, namun beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Jelas Azmin, beliau tidak akan bekerjasama dengan Noh malah akan lawan habis-habisan kerana mempolitikkan isu pencemaran air tersebut.
"Nak jaga udang pun gagal, macam mana nak jaga sungai," soal Azmin dalam ucapan perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ekoran itu, Noh yang juga Ahli Parlimen BN-Tanjung Karang, bangun mencelah dan timbul pertikaian sesama mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment