Write For Us

Azmin puji keberanian suara majoriti AMK

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghargai sokongan majoriti Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tetap mahu beliau merasmikan Kongres Nasional AMK dan Wanita PKR di Melaka pada 5 Disember ini.
Mohamed Azmin turut memuji keberanian yang disuarakan majoriti AMK itu walaupun pendirian berkenaan dilihat bertentangan dengan kenyataan beberapa pimpinan Pusat parti itu.
Mohamed Azmin berkata, semua pihak seharusnya menghormati pandangan majoriti yang disuarakan sayap PKR itu.
"Sudah semestinya (kita) perlu menghormati suara majoriti (Pemuda AMK) dan itu demokrasi dalam parti yang diamalkan selama ini.
"Jadi, selaku Timbalan Presiden parti, saya pasti akan mempertimbangkan keputusan ini (yang mahukan beliau merasmikan Kongres Nasional sayap PKR) dengan serius," katanya kepada kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Summit 2019 di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment