Write For Us

Bagaimana nak beli aset ketenteraan jika bajet dikurangkan, soal Hisham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempersoalkan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan merancang untuk membeli aset ketenteraan jika bajet 2019 telah dikurangkan.
Jelas Hishammuddin lagi, sebanyak RM2 bilion peruntukan Kementerian Pertahanan dalam bajet 2019 telah dikurangkan dan cadangan untuk membeli kenderaan tanpa kawalan, pesawat rondaan maritim dilihat tidak meyakinkan.
Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM13.92 bilion di bawah Bajet 2019, iaitu RM1.94 bilion kurang daripada RM15.86 bilion yang diperuntukkan tahun sebelumnya.
Walau bagaimanapun, perbelanjaan pembangunan pertahanan sebenarnya meningkat sebanyak RM350 juta kepada RM 3.65 bilion.
Kebanyakan pemotongan belanjawan adalah daripada perbelanjaan mengurus, iaitu RM2.29 bilion kepada RM10.27 bilion.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment