Write For Us

'Bagan Serai, jangan layan Pandan cakap merapu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Seorang ahli Parlimen BN tidak setuju dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada masa kini tidak sesuai malah membebankan rakyat.
Dalam sidang Dewan Rakyat petang semalam, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bangun mencelah ketika Rafizi membahaskan mengenai isu GST dan melontarkan beberapa persoalan kepadanya.
"Adakah 170 negara yang mengamalkan GST dah tak ada apa-apa nak buat dah, baru nak amalkan GST? Adakah begini negara lain? Bukankah pendapatan per kapita meningkat? Ekonomi telah meningkat? Perniagaan telah meningkat?
"Rakyat tidak hidup sengsara. Ada rakyat yang susah tetapi kerajaan banyak menolong," katanya.
Kemudian, Ahli Parlimen BN-Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh bangun mencelah supaya Noor Azmi tidak melayan dakwaan Rafizi sambil menyifatkan sebagai merapu.
Ini kerana, kata Che Mohamad, Rafizi berucap tidak menyentuh tentang pindaan dasar harga terangkum.
"Bagan Serai jangan layan. Sebab Pandan bercakap merapu. Merapu maksud saya dalam konteks pindaan undang-undang sekarang.
"Kita bercakap tentang dasar harga terangkum. Tidak ada kena-mengena langsung isu yang kita ada sekarang. Belum sentuh langsung tentang pindaan," katanya.
Kemudian, berlaku pertikaman lidah apabila Ahli Parlimen Kapar, G.Manivannan bangun mencelah yang tidak bersetuju dengan pandangan Che Mohamad yang menyerang Rafizi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment