Write For Us

"Bagi saya sesi bersama penyokong di KL, saya dedah semua"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain kebangsaan bukan hanya dari skuad senior tetapi bawah 23 tahun hanya memikirkan soal ganjaran apabila bermain dengan pasukan kebangsaan.
"Nak tahu kenapa, kerana awak ada pemain yang dalam pasukan kebangsaan lebih memikirkan soal ganjaran daripada nak bermain untuk pasukan. Jangan cakap pemain senior saja, pemain B-23 pun sama"
TMJ berkata begitu minggu lalu ketika sidang media bersama presiden yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi FAM.
Tambah TMJ, baginda mempunyai senarai para pemain tersebut di telefon bimbitnya malahan bukan nama pemain sahaja, tetapi turut nama pengadil yang menyokong pasukan tertentu.
"Saya ada nama, nak nama? Bagi saya sesi bersama penyokong di Kuala Lumpur, saya dedah semua sekali"
"Semua ada dalam ini ( telefom bimbit TMJ), nama pengadil sokong pasukan mana pun saya ada"
Tegas Tunku kerana kelakuan itu jelas sekali bola sepak negara mengalami masalah iaitu rasuah, pendidikan kurang dari peringkat akar umbi dan tiada mentaliti pemenang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment