Write For Us

Bahasa lain juga penting untuk M'sia maju - Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Presiden PKR Anwar Ibrahim membidas saranan Muslimat PAS agar sekolah vernakular dimansuhkan, antaranya kerana tidak mahu bahasa Mandarin menjadi bahasa kedua di negara ini.
Menyifatkan cadangan itu tidak wajar di Malaysia, Anwar berkata bahasa selain bahasa Melayu juga penting untuk perkembangan negara.
"Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan rasmi tapi beberapa bahasa lain (boleh) dikembang.
"Kalau Malaysia mahu maju, selain daripada bahasa rasmi yang diterima oleh semua tanpa tolak ansur, maka bahasa Inggeris, Cina dan lain-lain itu penting dan beri manfaat kepada kita,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai, di Kuala Lumpur, malam tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment