Write For Us

'Bahaya samakan langkah ekonomi Najib dengan Tun Razak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Ahli Parlimen Rompin, Hasan Arifin menyifatkan model ekonomi negara yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini adalah mirip ketika pentadbiran ayahandanya, Almahrum Tun Abdul Razak iaitu model ekonomi 'sosio-kapitalis'.
Hasan berkata demikian dalam ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini.
Namun, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bangun mencelah menyatakan bahawa bahaya jika menyamakan langkah-langkah ekonomi yang diambil Najib dengan ayahandanya ekoran tidak nampak legasi yang ditinggalkan.
"Legasi yang paling besar oleh Tun Razak dahulu ialah program dan projek untuk rakyat, termasuklah Felda.
"Legasi yang paling besar yang akan diingati oleh rakyat Malaysia tinggalan YB Pekan, adalah contohnya dia satu-satunya Perdana Menteri yang mencukai rakyat miskin, kaya tua muda semua kena, dan dia akan diingati sebagai satu-satunya perdana menteri yang merosak dan meruntuhkan Felda yang ditinggalkan oleh ayahanda beliau," kata Rafizi.
Bagaimanapun, Hasan mendakwa Rafizi hanya bercakap ilusi apabila menyentuh mengenai ekonomi.
"Saya cakap model ekonomi berbeza. kita jangan ada ilusi ekonomi. Pandan bercakap ilusi. GST ekonomi realiti," kata Hasan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment