Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Harapan mempunyai peluang besar untuk menang jika PAS bergabung kerjasama dengan Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Kita dalam Pakatan Harapan akan terus mengatur langkah, untuk menghadapi hakikat bahawa PAS tidak lagi bersama kita, kita mungkin berhadapan tentangan tiga penjuru, tetapi baik juga kalau mereka nak bergabung dengan Umno, kita tentang dua penjuru, peluang lebih besar untuk menang.
"Apa-apa pun, strategik akan kita susun untuk mendapat kejayaa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Alor Setar hari ini.
Muhyiddin juga turut mengkritik kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan Umno.
"Tapi mereka sanggup bersekongkol dengan Umno, yang kita tahu sejak sejarah awal sampai sekarang pun mereka kata Umno ini bukan parti Islam, dan mereka menentang segala apa yang dilakukan oleh Umno dan BN.
"Kita pun jelaskan hari ini Umno ini dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa, jadi hairankan kami mengapa PAS sanggup berkerjsama, sedangkan PAS ini katanya parti Islam," katanya lagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment