Datuk Ibrahim Ali menyifatkan debat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai tidak relevan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) itu berkata ia kerana isu yang ingin diperdebatkan telah pun diketahui umum.
“Saya percaya apa yang didebat itu isu kandungannya orang sudah tahu, tapi tak apa sebab dia ada masa dan tidak ada kerja lain nak buat debat.
“(Kalau saya baik) saya siram pokok bunga dekat rumah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai debat antara Mahathir dan Nazri, yang sepatutnya diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak.
Antara lain debat berkenaan akan menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun perdana menteri dan skandal BMF.
Bagaimanapun, polis tidak membenarkan debat yang dijadual pada 25 Mac itu diteruskan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment