Write For Us

Bajet ‘Belanja Berhemah' HARAPAN tanpa GST

Loading...
Google Rank
88 Views
Published
Pakatan Harapan hari ini melancarkan bajet bayangan dengan ikrar menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan cukai (GST) dan mengembalikan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Dengan GST dijangka menyumbang RM42 bilion pendapatan bagi tahun 2018, rancangan HARAPAN untuk mengembalikan sistem percukaian sebelum ini hanya akan menjana pendapatan bersih RM16.5 bilion.
Bagi kekurangan RM25.5 bilion itu, HARAPAN mendakwa bahawa dengan menyalurkan hasil yang dikumpulkan ke dalam ekonomi akan seterusnya meningkatkan hasil persekutuan kerana pengguna dan aktiviti perniagaan akan meningkat.
Gabungan itu berharap dapat mengumpul cukai pendapatan korporat tambahan RM2.81 bilion, RM1.46 bilion dalam bentuk duti eksais ke atas barangan (kecuali kenderaan bermotor) dan cukai keuntungan harta tanah sebanyak RM1.82 bilion.
HARAPAN juga menjangkakan kenaikan jualan kereta sebanyak 20 peratus berikutan pemansuhan GST, yang akan menyumbang RM1.93 bilion kepada hasil melalui pengumpulan cukai import, eksais dan lesen kenderaan bermotor.
"Bagi tahun 2018, kami bertekad untuk menghapuskan RM20 bilion daripada pembaziran dan rasuah dengan memotong bajet Jabatan Perdana Menteri," kata gabungan itu dalam pelan fiskalnya yang berjudul "Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment