Write For Us

Banjir Kedah: Pokok Sena daerah terbaru dinaiki air

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Pokok Sena menjadi daerah terbaharu yang dinaiki air di Kedah dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menempatkan 75 mangsa daripada 21 keluarga.

Ini menjadikan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 341 orang berbanding 268 orang pagi tadi.

Memetik Berita Harian, Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini daerah yang terjejas banjir adalah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Kuala Muda.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment