Kira-kira 50 anggota PKR hari ini mengadakan protes di hadapan ibu pejabat PKR terhadap keputusan kepimpinan parti yang membenarkan pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan logo PKR pada pilihan raya umum akan datang.
Jurucakap mereka, Timbalan Ketua Pemuda PKR Bukit Gantang Muhamad Faisal Zainal, mendakwa 60 peratus daripada 200,000 anggota PKR kecewa dengan keputusan itu dan dengan tegas membantah penggunaan logo oleh bekas perdana menteri itu.
Muhamad Faisal menyerahkan memorandum bantahan kepada kakitangan di ibu pejabat PKR dan menyeru kepimpinan tertinggi parti untuk mengkaji keputusan mengenai penggunaan logo oleh Bersatu (yang mana pengerusi Mahathir) dalam masa enam hari mulai hari ini.
Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, Bersatu, DAP dan Amanah, memutuskan untuk menggunakan logo PKR untuk semua calon dalam pilihan raya umum akan datang selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara 30 hari ke atas Bersatu pada 5 April kerana gagal untuk menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta dan ROS turut tidak meluluskan pendaftara Pakatan Harapan secara rasmi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment