Write For Us

Bantu Hazeeq ke BGT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
"Saya tidak sangka terpilih tetapi cuba melakukan yang terbaik kerana ini adalah peluang keemasan untuk mengharumkan nama negara."
Itu kata ahli kimia, Ameerul Hazeeq Hashim, 27 tahun.
Ameerul Hazeeq yang juga penuntut Sarjana Pengkomputeran Kimia di Universiti Malaya (UM) memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaannya selepas ditawarkan menghadiri ujibakat program realiti, Britain's Got Talent (BGT) 2020 di Nottingham, United Kingdom (UK) pada 15 Disember depan.
Kisah Ameerul Hazeeq atau lebih dikenali dengan nama Hazeeq Hill mendapat perhatian selepas pemuda itu berkongsi berita baik diterimanya dengan pengikut menerusi video yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi video berkenaan, Hazeeq meminta jasa baik orang ramai menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan tiket pengangkutan, penginapan dan makanan sepanjang tiga hari berada di UK bermula 14 Disember depan.
Katanya, pendanaaan awam (crowdfunding) itu terpaksa dilakukan kerana masa yang ada amat suntuk untuknya mengumpul dana diperlukan.
Video itu mendapat maklum balas positif daripada pengikut Hazeeq yang rata-ratanya memberi sokongan dan kata semangat untuk beliau melakukan yang terbaik.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment