Write For Us

Bantuan awal dari Malaysia untuk Palestin tiba di Mesir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
17 Views
Published
Pesawat kargo 9M-WCA yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, di El-Arish pagi ini.

Pesawat yang disewa khas Kerajaan Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam (3 November), tiba di El-Arish kira-kira pukul 8.50 pagi (2.50 petang waktu Malaysia).

Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Aman Palestin, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan juga Malaysian Relief Agency (MRA).

Semalam pelepasan bantuan kemanusiaan Ops Ihsan telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta ketua perwakilan asing.

Laporan penuh:
https://www.malaysiakini.com/news/685416

Sumber video:
https://www.facebook.com/share/v/6CZz5khCi9fH4VUt/?mibextid=WC7FNe
https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/354576310319381
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment