Write For Us

Bantuan khas dua bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri - Amirudin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
40 Views
Published
Menteri Besar, Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam Selangor sebanyak dua bulan setengah gaji tahun ini bagi menghargai penglibatan mereka dalam menjayakan kutipan hasil negeri.

Jumlah tersebut termasuk satu bulan dibayar pada 28 Disember ini dan setengah bulan yang akan dibayar pada Februari tahun depan bagi meringankan beban untuk persiapan sesi persekolahan.

Amirudin turut memaklumkan bantuan khas kewangan itu juga termasuk sebulan gaji yang sudah selesai dibayar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

https://youtu.be/7ASEaNl3SS8
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment