Write For Us

'Bantuan RM400 tiap keluarga mangsa banjir'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pemberian tunai sebanyak RM400 bagi setiap keluarga dan pemilik bangunan yang terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu 15 September lalu.
Lim berkata setiap keluarga atau pemilik bangunan hanya akan mendapat sekali bayaran sahaja.
"Perlu ditegaskan bayaran ini bukanlah suatu “precedent” tetapi adalah “one-off” berikutan hujan lebat luar biasa akibat tempias besar Taufan Doksuri, yang mana jumlah hujan turun yang direkodkan dalam sehari bersamaan sebulan," kata Lim dalam sidang media hari ini.
Pada Jumaat lalu, kira-kira 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang dilanda banjir selepas hujan lebat selama lebih lima jam.
Paras air naik sehingga 2.1m, manakala tanah runtuh juga dilaporkan berlaku.
Lim berkata ramai mangsa mengalami kerosakan pada bangunan atau kenderaan milik mereka akibat banjir itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment