Write For Us

Bapa tunggal sorok duit RM16,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Seorang bapa tunggal dijatuhi hukuman denda RM22,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin, 13 Januari selepas mengaku bersalah atas lapan pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah RM16,000 milik bapa saudaranya 11 tahun lalu.
Tertuduh, Rezwat Shahril Zainal Ariffin, 44, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan dua Majistret, V Vanita dan Mahyun Yusof.

Lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Vanita, tertuduh didakwa dengan curangnya telah menyembunyikan wang RM10,500 yang diserahkan penama, Ibrahim Abd Ghani, 51, antara 17 Jun hingga 1 Julai 2009.

Tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Mahyun, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa sama membabitkan wang RM5,500.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment