Write For Us

'Barisan Rakyat' lawan Barisan Nasional, cadang Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
174 Views
Published
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan dinamakan sebagai "Barisan Rakyat".
"Mungkin kita boleh minta namakan Barisan Rakyat, Barisan Rakyat menentang Barisan Nasional," kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam program BERSATU yang diadakan di Padang Rengas, Perak malam tadi.
Beliau bagaimanapun, mengakui bahawa ia bergantung kepada persetujuan pemimpin parti masing-masing dalam pembangkang.
"Kita nak tegakkan semula sistem yang telah kita tegakkan puluhan tahun sejak merdeka, yang sudah hampir runtuh, yang tak lagi mampu dipertahankan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan kuncu-kuncunya," katanya.
Cadangan Muhyiddin itu dibuat selepas pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Pakatan Harapan menukar namanya selain memberi penekanan terhadap keperluan mencipta logo, simbol dan manifesto pilihan raya bersama.
Majlis presiden Pakatan Harapan sebelum ini sebulat suara menerima BERSATU sebagai anggota pakatan pembangkang dan bersetuju untuk membincangkan empat cadangan Mahathir.
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya turut memetik satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai peluang BERSATU untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Sambil mengakui adalah sukar bagi BERSATU sahaja berbuat demikian, Muhyiddin menjelaskan bahawa itu adalah sebab mengapa ia memerlukan gabungan yang terdiri daripada parti-parti pembangkang.
"Kalau bersatu menanglah kita. Jangan lawan sesama sendiri, janganlah AMANAH lawan PPBM (BERSATU) atau lain-lain lagi," katanya sambil menekankan formula satu lawan satu.
Tambahnya, BERSATU juga mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.
"It must be a malay-led government (Ia perlu menjadi kerajaan yang dipimpin Melayu). Saya sedang menyebut ini di sini bukan kerana saya mahu untuk memihak kepada sesiapa tetapi kerana saya tahu majoriti rakyat Melayu," katanya.
Sambil mengakui bahawa hak-hak bukan Melayu juga harus dibela, Muhyiddin berjanji bahawa hak-hak kaum Melayu dan bukan Melayu di negara ini akan dilindungi.
"Sebab tu kena tentukan sebuah gerakan politik baru yang kita nak kepalai, mestilah yang sustainable, bukan hari ni sahaja (tetapi) untuk jangka panjang," katanya sambil menambah perkara itu akan dibincangkan dalam masa 'sehari dua' ini.
Walaupun gabungan baru itu bakal menjadi sebuah organisasi yang dipimpin Melayu, Muhyiddin meredakan kebimbangan berhubung parti komponen lain dan menekankan bahawa parti-parti seperti DAP dan PKR akan menjadi "sebahagian daripada keluarganya".
"Ini penting supaya rakyat yakin kerana ada pihak tulis dalam laporan ‘kalau pembangkang menang tahan dua tahun je’. Dia tak yakin dengan kita.
"(Tapi) tengok apa (berlaku) di Selangor? Hari ni dah dua kali PRU, Umno tak bangkit lagi, kalah selamanya-lamanya. Di bawah (Datuk Seri) Azmin Ali telah tunjuk betapa boleh uruskan sebuah negeri, (Lim ) Guan Eng mampu uruskan Penang, jadi apa masalah kita?," soalnya.
Video ucapan dimuat naik Parti Pribumi BERSATU Malaysia di Facebook.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment