Write For Us

'Bas RM3 juta, pakai seminggu dua dah rosak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menempelak tindakan kerajaan Terengganu yang disifatkan melakukan pembaziran apabila bas amfibia yang dibeli bernilai RM3 juta, rosak baru-baru ini.
Memetik Bernama, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan mengenai bas amfibia berkenaan rosak selepas video yang memaparkan bas itu sedang dipandu uji di Losong, dekat sini, tular di media sosial semalam.
Beliau sebaliknya berkata bas itu mengalami 'kerosakan kecil' selepas beliau memandu uji sendiri bas berkenaan selama lebih 20 minit di Sungai Terengganu, semalam.
"Mungkin ia terjadi sebab saya tiada pengalaman bawa bas sebelum ini jadi kita kena pastikan bas ini dipandu oleh orang yang betul-betul mahir,” katanya.
"Saya sendiri yang minta dibuat simulasi untuk menguji bas itu jika berada dalam keadaan kritikal... dan semasa saya bawa bas itu hos penghembus pancutan airnya tercabut...saya juga minta hos itu tidak dipasang semula dan dalam 10 minit dalam keadaan kritikal itu pasukan penyelamat berjaya mengawal keadaan.
"Mungkin ia terjadi sebab saya tiada pengalaman bawa bas sebelum ini jadi kita kena pastikan bas ini dipandu oleh orang yang betul-betul mahir,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment